18 October 2013

Macam mana nak kurangkan stress, kemurungan, lemah semangat, dan bosan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama kawan tak buat sebarang entry baik kat blog ni atau kat blog yang lain. Kali ni kawan nak share atau kongsi sikit mengenai cara mengatasi rasa stress, tekanan, murung, lemah semangat, atau bosan. Sebelum itu, ingin kawan tekankan di sini, setiap perasaan ini merupakan salah satu bentuk kasih sayang tuhan kepada kita. Bersangka baiklah kita pada tuhan kita ya. Insyallah.. Keberkatan dari kesabaran tu ada keberkatannya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ok lah, tanpa buang masa balik semula kepada topik macam mana kita nak kurangkan stress, macam mana kita nak kurangkan kemurungan, mahupun macam mana kita nak tangani perasaan membosankan. Di sini kawan berikan dua cara. Terpulang kepada kawan-kawan mahukan yang mana satu. Maklumlah, konon-konon jiwa kita ni kalau tak kena masa dan waktunya perlukan cara yang sesuai. Kononnya lah... :D

Mengikut pandangan barat dan juga pandangan yang beragama lain daripada kita, mereka praktikalkan tiga kaedah di mana kaedah ini merupakan kaedah yang berkesan dan memberi impak positif pada mereka. Kaedah-kaedah tersebut adalah seperti berikut.
  1. Dalam sehari, ambil masa lebih kurang 30 minit untuk bersendirian
  2. Sediakan pen dan kertas dan tuliskan setiap apa yang membimbangkan, menyusahkan, menyakitkan, mahupun membosankan
  3. Tuliskan setiap jalan keluar bagi semua senarai yang telah dibuat itu
Cara ini diyakini dapat mengurangkan 40% daripada perasaan stress, tekanan, dan kemurungan kita ni. Kawan tekankan sekali lagi, ini merupakan cara barat ya. Sekarang kita cuba pula tengok pandangan dan cara daripada muslim. Caranya adalah seperti berikut.
  1. Duduk bertafakur(muhasabah diri) menyendiri untuk merenung diri sendiri dan memahami takdir hidup. Sambil memperhalusi takdir tersebut bagi memberi impak yg baik dlm hidup. Sebagai contoh kawan ambil stress dengan anak-anak. Kita lihat anak-anak jiran kita, anak-anak di sekolah belajar pandai, cerdik dan bijaksana tapi bila kita lihat anak kita pula agak kurang rajin, kurang cerdik, belajar pun kurang improve. Kenapa ya? Cuba kita renungkan kejap.... (Bersangka baik dengan Allah).. Allah nak kita yang ajar anak-anak kita. Cuba praktikalkan kepada yang mempunyai masalah macam ni. Insyallah..... Kenapa Allah nak kita yang ajar? Kita mana ada masa kan? Siang nak kerja, balik kerja pula nak masak, nak cari lauk, nak pergi meeting lagi waktu malam. Fuuh.. Buzy betul kan? Kawan-kawan yang kawan hormati, ambil masa untuk mereka ini. Bimbing mereka, bantulah mereka. Allah mahu kita yang ajar mereka sebab apa? Allah nak kita buat amal jariah. Esok lusa kita sakit, kita terbaring terlantar bagaimana kita nak buat amal jariah? Siapa jamin hari esok masih ada untuk kita?..... Allah Maha Besar.. Tips : Ajarlah anak-anak AL-QURAN. Sebab apa? Kerjaya dan segala teknik kehidupan semua ada di dalamnya. INGATLAH merekalah aset kita ke syurga. Insyallah. 
  2. Cari ruang dalam diri. Fikir baik-baik dari kita kecil dulu dari kita remaja, dewasa, dan sekarang. Mohonlah kepadanya yang menjadikan kita. Mohon apa yang kita mahukan. Dia Maha Mendengar segalanyanya. Kawan yakin misti ada segelintir yang dah solat, dah dzikir, dan lain-lain tapi masih belum mendapat ketenangan, belum dapat apa yang diinginkan. Kenapa ekk? Hurm.. (Bersangka baik dengan-Nya). Ikhlaskanlah hati, hayatilah apa yang kita amalkan sama ada dzikir, mathurat, mahupun yang lain-lain. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Tingkatlah kualiti kita terhadap-Nya insyallah dengan izin Allah berkat kesabaran kita, kita akan dapat apa yang kita inginkan. 
  3. Yakin dengan setiap doa yang kita baca dan teruskanlah bermuhasabah diri. Sesungguhnya kita adalah manusia yang tak lari dari melakukan kesilapan dalam kehidupan kita ini. 
Macam panjang je entry ni. Huhu.. Cukup setakat ni dulu. Kawan mohon maaf andai ada kata-kata yang membuatkan pembaca terasa. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan segala yang buruk datang dari diri kawan yang serba kekurangan ini. Kawan mohon maaf banyak-banyak. Sekian, wassalam wbt.