10 July 2013

Aktiviti Kemasyarakatan

adnansempot.blogspot.com.jpeg


Asalamualaikum dan salam sejahtera. Sepertimana tajuk di atas entry kali ni kawan nak cerita berkenaan aktiviti kemasyarakatan. Kenapa kawan pilih topik ni? Sebabnya senang dan mudah iaitu kalau ada golongan yang ingin buat aktiviti kemasyarakatan, korang boleh tengok 3 point ringkas kat bawah ni yang memberikan kebaikan pada korang. Mungkin korang akan rasa penat, rugi tenaga, rugi masa tetapi kawan rasa berbaloi sebabnya memang seronok benda-benda macam ni.


1. Mengeratkan silaturrahim di antara semua peringkat umur iaitu kanak-kanak, remaja, dewasa dan golongan tua.

2. Memupuk semangat kerjasama iaitu semangat dalam menjayakan majlis seperti kerja-kerja sebelum majlis, semasa majlis, dan selepas majlis.

3. Mendidik sifat bertanggungjawab. Apa yang dimaksudkan di sini adalah apabila korang terlibat dengan sesuatu aktiviti, mestilah korang akan diberi tugas dan dengan itu secara automatik korang akan buat tugas itu dengan jayanya atau secara ngulor-ngulor kan? hehe.. Mungkin untuk yang baru berkecimpung dengan benda ni rasa membosankan tapi sedikit sebanyak benda ni mengajar kita sifat bertanggungjawab.


Kawan ada terdengar sepotong pepatah yang berbunyi begini "Bila kita buat benda baik, mesti ada yang mengutuk dan memperlekeh".. Pada kawan benda ni sepatutnya tidak timbul sebabnya aktiviti kemasyarakatan ni aktiviti sihat. Tapi kenapa benda macam ni boleh timbul ekk.. Hais.. Buat baik pun kene tempias ni kan lagi lau buat jahat. Huhuk

No comments:

Post a Comment