16 July 2013

Mimpikan arwah



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Masuk ni da dekat seminggu berpuasa.. Pejam pelik laju tul masa berjalan..Meriah lak kawan rasa puasa tahun ni. Hihi. Erm.. Oklah, entry kali ni kawan nak cite pasal mimpi kawan la. Blog ni pun kawan rasa memang lebih kepada mimpi-mimpi kawan kot. Huhu..

Pelik juga lau pikir pasal benda ni. Sesetengah pihak beranggapan mimpi hanyalah permainan tidur, ada juga pihak yang beranggapan mimpi ni ibarat macam periuk pak belalang. Walaubagaimanapun, terpulanglah kepada hak masing-masing.. Apa yang kawan ceritakan hanya sebagai rekod mimpi kawan. Hihi

Semalam kawan telah bermimpi satu mimpi yang boleh kawan anggap mimpi kedua dalam hidup kawan. Kawan mimpikan arwah adik kawan. Dia relax je atas motor sembang-sembang siap ajak pergi Pahang sebab dia bilang ada orang klon motor dia. Kawan perhatikan gaya dia duduk, senyum dia, gaya dia cakap.. Semua sama.. Teringin tul rasa nak peluk dia.. Tupp.. Tupp.. Terus terbangun..

Termenung lama juga pagi tu kawan ingat balik tiap saat kawan jumpa dia.. Macam-macam perasaan ada masa tu. Sampai masa sekarang ni pun kawan masih lagi teringatkan dia. Walau macam mana pun dia dah pun pergi ke dunia lain. Kawan sebagai abang hanya mampu berdoa untuknya dengan harapan agar tuhan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh di samping memaafkan segala dosa-dosa lampaunya..

2 bulan lepas adik bongsu kawan juga ada cerita yang dia dapat jumpa dengan arwah adik kawan ni. Masa tu adik bongsu kawan baru pulang solat jumaat.. Dia terlelap jep.. Masa terlelap tu dia mimpikan arwah, masih segar lagi perkara yang arwah pesan pada adik bongsu kawan tu.. 3 perkara ni penting dia kata..

3 perkara yang dia pesan tu adalah seperti berikut :

1. Jaga ibu baik-baik.
2. Taubatlah.
3. Jangan ulangi kesilapan seperti dia.

3 perkara ni akan kawan simpan di dalam satu sudut hati kawan yang akan kawan jadikan salah satu panduan kawan.. Berat juga kan rasa kehilangan sesuatu ni. Hihi. Rasanya cukuplah entry kali ni. Kawan sudahi entry ni dengan Assalamualaikum w.b.t

No comments:

Post a Comment