1 July 2013

Mimpi lembu banyak


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama betul rasanya tak menulis entry kat blog. Hehe. Kalau perhatikan blog-blog yang lain, makin ceria macam nak raya pun ada juga. Disebabkan terdapat beberapa perkara kawan tidak dapat menulis dan melawat blog-blog kat internet ni. Kadang-kadang memang kehabisan idea pun ada juga.

Banyak pula kawan bebel ye tak? Huhu. Sebenarnya entry ni kawan nak cerita berkenaan mimpi. Sesetengah pihak percaya pada benda ni, dan sesetengah cuma berkata hanya mainan tidur. Jika kita ikut pada saluran agama kita memang ada ahli kaji berkenaan perkara ini. Kalau korang nak tau lebih lanjut silalah Google yee....

Semalam kawan mimpi banyak lembu-lembu keliling kawan. Ada yang tidur, ada yang tengok kawan.. Lebih  kurang jam 4.30am kawan tersedar. Ingat nak buat tahajud, tapi disebabkan kesedapan selimut kawan sambung tidur. Huhu. Sebenarnya kawan selalu mendapat mimpi. Ada sahabat yang bercerita dia punyalah susah nak dapat mimpi tapi kawan senang-senang dapat mimpi. Ish.. Manelah kawan tahu. Dah mimpi nak datang, bukan kawan nak pun.

adnansempot.blogspot.com.jpg
Lembu macam ni la lebih kurang. Tapi banyak lembunya. Huhuk


Jadi kawan terfikir elok juga kawan tuliskan kat blog kawan ni jika kawan termimpi sesuatu selepas ini. Mungkin ada kawan-kawan lain yang lebih arif yang mahu berkongsi mengenai mimpi ni. Ahaks..

Lagi satu mulu mate kawan sebelah kiri pun ibarat bagi signal mengenai sesuatu perkara. Wallahualam. Kalau difikirkan yang lepas, kening kiri kawan asik berdenyut-denyut hampir sebulan.. Selepas sebulan, tuppp.. Perkara buruk berlaku. Patutlah kawan tak sedap hati. Haish..

Walaubagaimanapun, apa yang mampu kawan harapkan adalah Allah sentiasa melindungi orang-orang yang memohon perlindungan dari-nya. Insyallah.. Masa tengah menulis entry ni pun ada lagi signal ni.. Adoyai. Haha. Mintak-mintaklah tiada perkara buruk berlaku. Esok tengah hari nak jemput ayah tersayang kat hospital. Fuhh.. Miss my dad very much..

Rasanya cukuplah bebelan kawan kali ni. Esok lusa ada mimpi lagi, kawan cerita lagi. Hehe. Kawan undur diri dulu. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment